BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 7, 2010

hatiku milikmu (part 4)

Tiba-tiba…..

‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.

‘’Fathil…dengar sini…’’
‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….’’
‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,’’ Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpingapinga.

Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.

‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu anta adik- beradik,’’
‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’ luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?’’ Maziah mengangguk.
‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah bil hikmah dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.

Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.

‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!’’ Tanya Maziah.
‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.

‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.

(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da’wah…).

Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara, ‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da’wah,’’

Banna terdiam dengan kata-kata itu.

(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)

Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.

‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?’’ tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
‘’Aku bengang betul lah!’’
‘’Bengang apa?’’
‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?’’
‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’
‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!’’
‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.
‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,’’
‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.
‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’
‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,’’
‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’
‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’

Umar akhirnya mengalah.

‘’Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’ Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.

Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.

(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.

‘’Cis, mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.

‘’Woii!!’’ seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.

Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.

(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.

‘’Woii. Korang gaduh ye?’’
‘’Tak, kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.
‘’Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?’’ Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.
‘’A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,’’tambah Joe.
‘’Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang yang berlatih sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.
‘’Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,’’ Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
‘’Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!’’ Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
‘’Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?’’ api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
‘’Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?’’ Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.
‘’Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!’’

Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.

(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)

‘’Fathil, awak salah faham..’’ Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.
‘’Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau,’’
‘’Bodoh! Memang kau salah faham…’’ Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
‘’Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri…’’ Fathil menguatkan kenyataannya.
‘’Aku pun tengok!’’ tambah Joe.
‘’Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!’’

Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya.

(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)

Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.

‘’Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa,’’ ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.

(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.

‘’Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?’’ sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.

bersambung......

Saturday, February 6, 2010

saya mau..saya mau..saya mau...



sungguh saya mau ini





ofkos la da pink-purple one kn..haahaha...seyes mau..
....
....
...
tapi

....
....
...
...
tp
....
....
....
sy maseh syg kn ini




seyes maseh syg kn die..huhu
even dah bape kali wat hal..
menambahkan cuak di dada...
....
....
....
ape mau wat ek...
plus duit pon x de...

ade sape2 yg mau bg sy ini...

hehehehe....






SAYA MAU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






Friday, February 5, 2010

apa sebenar yg dia nak..

salam kengkawan...nti smbg blik cite hatiku milikmu...sape2 yg bace mekasih...sape2 yg x bce...x pe...x kesah....erm...penat weh cm gni...dr mggu lpas duk cri x jmpe2...where can i find the rite metabolic pathway for glucoamylase production...anyone can tell me....(sigh dgn berat yer) ape yg dr nurina nak sena yer...aku pon da penin nie...dr ptsl...bermcm2 bku tgk..smpai ke blik...bermcm2 website da msuk..bermcm2 jurnal da bce..duk crik mende tuh jer...tp hasil...smpai skang x ku temui...MY GOD...tolong la hamba-MU ini...sob3x...kadang2 nak nanges pon ade kot..iskh3x..sem nie penat gile wat ip...erm..tak taw la kn sem2 akn dtg..sebb ip nie akn ade tiap2 sem..kalo sem nie dh rase penat cm gni...apetah lgik sem2 akan dtg...kadang2 terpikir...bolehkah aku nk menjadi engineer nie....huk3x...kalau la boleh tau mase depan...kan besh..iskh3x..ape la anum nie..mane boleh kate kalaulah kalaulah...x ingt ke blaja time f5 dlu...sabo2 anum sabo2...bile akn berakhir saket ini...huhu...(@_@)

Tuesday, February 2, 2010

hatiku milikmu (part 3)

‘’Umar, anta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.

(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)

‘’Umar, kat Taman Islam dulu, anta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata anta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,

‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’

‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.

(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)

‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila anta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Anta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’

Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.

(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)

‘’Ana tak sekuat anta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik. Banna tersenyum.

Air liurnya tak terbuang sia-sia.

‘’Ana akan tunggu anta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu anta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan anta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’

Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.

‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.

‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar membalas salam.

Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.

(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.

Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.

Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.

(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiap kali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.

Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.

‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro.

Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.

‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.
‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.

‘’Lelaki ke?’’
‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’
‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,’’nasihat seorang abang.
‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!’’

(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)

‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.
‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’ tambah Joe.
‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.
‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
‘’Siapa?’’
‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,’’
‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’
‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,’’
‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.
‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?’’
‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’

Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.

‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?’’
‘’Hanif mana ni bang?’’
‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi agamanya, insyallah.’’
‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,’’
‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,’’
‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’
‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awalawal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,’’
‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….’’


bersambung...

Saturday, January 30, 2010

hatiku milikmu (part 2)

Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.

(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)

Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah.

(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini…
Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)

Tok!Tok! Assalamualaikum…

Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk.

‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.

‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.

‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!’’
‘’Mmm…awak?’’
‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.
‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.
‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat.

Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.

Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!

Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidakpercaya.

(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.

Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.

(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.

‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar.
‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar.
‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil.
Umar menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya.
‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum.
‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.

(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.

Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi diNegeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.

Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.

(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!)

‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’
‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’ Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik anta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong anta siapkan assignment..’’Banna menawarkan pertolongan.
‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak.
‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau anta datang, Allah akan permudahkan urusan anta untuk buat asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat anta,. Masuk ni, dah tiga kali anta tak datang. Bayangkan tiga minggu anta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’

(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group…)

‘’Malam kami ziarah bilik anta ramai-ramai tu, anta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!’’ Banna melontarkan persoalan.
‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat anta,’’
‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat anta. Anta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,’’
‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact anta tapi tak dapat-dapat,’’.

Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.

(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)

‘’Ana dah tukar sim card.’’jawab Umar bersahaja.
‘’Kenapa tak inform?’’
‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak berselindung.
‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.
‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’
‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh, meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.

(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia terpendam)
Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.

Banna terpaku.

(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)

bersambung

hatiku milikmu (part 1)

Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya. Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui. Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan dakwah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan dakwah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Ruparupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah. ‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan. Apakah dilema cinta yang dihadapi? Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya? Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid? Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya? Dan banyak lagi persoalan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri, ‘’Hatiku pula milik siapa?’’.

Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Editor:DR. SALBIAH SELIMAN

HATIKU MILIKMU

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…

‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..
‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.
‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.
‘’Separuh harga?’’ acah Umar.
‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’
‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.
‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.
‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?’’ Umar meragui.
‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.
‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,’’
‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.
‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’
‘’Mmm..dah beli pun.
Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’
‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?’’
‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.

(Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)

‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.
‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’
‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula mengenakan Umar.
‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’
‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis.
Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
‘’Maziah mana pulak ni?’’
‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’
‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’
‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’
‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umar menolak cabaran.
‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café,manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chitchat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.

Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset.
Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.
‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’suara itu mendesak.
‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.
‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’
‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’
‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.
‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’
‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh, entah bila…’’
‘’Berdoalah pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti.Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.

Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)

Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.

‘’Hello, Fika ni!’’
Gurlp! Umar menelan liur.
‘’Hello!’’ balas Umar.
‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’
Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?’’
‘’Abang?!’’ Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’
‘’Err…’’ kelu lidah Umar.
‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika,
sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.

‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.

Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.

‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.
‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni…bosanlah!’’
‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.
‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco.
Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.
‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’
‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat.
Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’
‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan!
Mereka kawan baik aku,’’
‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit.
Tak sebulu ngan aku…’’
‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’
‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.
‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’
‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak…’’

Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika.

‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
‘’Yang mana?’’
‘’Tu, tu, baju putih…’’

Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.

‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar.
‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’

Fathil bertindak sepertiapa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,

‘’Maaaziaaahhhh…!’’

Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.

(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.

Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada seseorang.

(Eh, Asiah Yusro?!)

Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.

(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gilagila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)

Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.

‘’Lawa si Maziah, kan?!’’
‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’
‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’
‘’Buktinya?’’
‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’
‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.
‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’
‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari mak we,’’

Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.

‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.

(Fika?! Gurlp!!)

‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.

Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.

‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’

pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya.

Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.

(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.

(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar.

bersambung....

Wednesday, January 27, 2010

berhentilah

berhentilah kamu dr keluar dr kelopak mate nie....ckup la dah bnyk kamu keluar mggu nie...cukup...sy dah x tahan...senang sgt kn kamu nk kuar...slame nie kamu tegar jer duk kt dlm...tp mggu nie,ckup mudah kamu nk kuar...ckup la...ckup la..ckup la...sy dah x larat...mate nie pon dah x tahan asyk berair...muke pon sembab jer....da2...x nk2....stop2...jgn kuar dah...rase dah bergelen2 kuar kalo tadah...no more tears....jnji k jgn kuar lgik...duk je kt dalam diam2...aman damai...be strong ok...peace...:D



conteng2:x taw nk undi sape sok..huhu(@_@)